Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai kapasiti logistik serta keselamatan untuk menyokong lawatan pasukan penyiasat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke Loji Tenaga Nuklear Zaporizhzhia jika Rusia dan Ukraine bersetuju. <br /><br />Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric, sekretariat PBB tidak mempunyai kuasa untuk menyekat atau membatalkan sebarang aktiviti IAEA.